Sunday, 26 April 2009

WASSUP!!!WASSUP!!!

Korang nak dgr 1 stOry x??ha!!!nak??ok meh aku stOry kat korang.....

stOry die cam ni....dulu...mase tu 14 november 1989...adalah kat 1 hospital kat melaka ni mmg gempaq la...ad pempuan ni dah menjerit2 tahan sakit sebab nak bersalin...ape lgi mmg riuh la kan wad bersalin tu...da la masa tu mlm...emmm da kul 2.30 pg barulah keadaan reda...coz pempuan tu da selamat bersalin..tp x la reda sgt...ad suare baby nangis plak...ha tu la baby yg wat sume owg kelangkabut..ishish...
sume da settle...doktor pun kuar jmpa husband pempuan td n bgtaw wife dia da slmt bersalin n dieowg dpt baby girl...wow cutenye baby tu....dieowang happy sgt..yela..ank first...penat tunggu tu 9 bulan 10 hari...dieowg pun wat kputusan nak bg nma baby yg cute ni...Nurul Fa'ain....
Lau nak taw sape baby yg cute tu....ha!!!aku la....huhu
kpd mak ngan abah...mekaseh bnyk2 cz da jaga,didik ain bagai menatang minyak yg penuh...thanks a lot....mmmmuuuaaahhh!!!!

9 comments:

  1. Salam,

    Rajin2 la update blog. Menarik ni.

    Tapi klu bz stadi, xpe la. Fokus kat stadi dl k.

    All da best!~

    ReplyDelete
  2. berbaktilah selagi mereka masih ada....

    sakit wooo...lahirkan baby....

    mak aku kata "mak lahirkan ko senang jer...rileks jer...tau2 da keluar", kata mak aku kpd aku

    ::kata org tua2(mcm kata2 aku jer), klu baby yg lahir mcm tu selalunye jd anak yg soleh...(ada sape xpuas ati..hehe)

    ReplyDelete
  3. HI! FRIEND! I VISIT YOUR BLOG ITS TOO MUCH INTERESTING


    PLEASE VISIT MY BLOGS

    http://www.onlinespacer.blogspot.com/
    http://www.worldofjewellery.blogspot.com/
    and
    http://www.oslinuxp.blogspot.com/

    These blogs are for charity donation for poor childern. The money that is earn from this blog which i completely spread into them. Please Please Please I again says that Please visit those blogs and click one google add (ads by google) and send me comments on it and follow my blog as a friend Because that question not for me its for humanity! :(

    ReplyDelete
  4. Hello! I wish God bless your week! Jesus will return very soon! Read the Holy Bible! Jesus Christ is the One Mediator between us, human, and God! Ask Jesus to come into your heart, repent of your sins and experience the true peace in your life! Peace that no one can take! Only Jesus saves the soul! Jesus loves you!
    Visit my blog http://blogdosultimos.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. First I want to congratulate you for this amazing blog!
    We Are Pleased To Announce The Launch Of Movies Gallery 09, Mobile Movies in 3gp format, Reality show, Upcoming Movies 09 Trailer, About Dubai,Real Estate, Tips Of Career And Many More. .

    To start just go to http://3gpfreedownloads.blogspot.com/

    We hope you like it. Please send us any feedback and help us improve the sites further.

    ReplyDelete
  6. thanks to all cz comment at my blog...

    ReplyDelete
  7. woho.. baru tau.. ko masa baby mulut bising yek? hi hi

    ReplyDelete

ll

mu

ii

ki

--

--

my scrool


ini lah gelaGat aku & mEmbe2 kat kItchen

ini lah gelaGat aku & mEmbe2 kat kItchen

INFO

4 SYARAT HIDUPKAN HATI DENGAN AL-QURAN

HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud: “Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4).Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain.

Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

HATI

HATI

hatiku sebesar cawan

HATIKU SEBESAR CAWAN

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut. " Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

HATI KECIL

HATI KECIL

nilai persahabatan..amat bermakna..

nilai persahabatan..amat bermakna..

my info

10 sifat perlu ada dalam diri

Ketulusan
Ketulusan adalah sifat yg paling disukai ramai orang.Sifat ini wajib ada dalam diri kamu.Bagaimana ciri-ciri orang yang tulus??antaranya adalah selalu bercakap benar,x mengada-ngada,x hikpokrit,x suka mengada-ngadakan cerita..senang cerita bukan PEMBOHONG.kalau kita x suka ditipu,mcm tu juga orang lain kan??Yg penting , never “backbite”ok!!


Kerendahan hati
Rendah hati taw bukan rendah diri.Rendah diri menanadakan seorang yg lemah,x yakin dirisebaliknya kerendahan hati menandakan seorang yg berjiwa besar,mempunyai kekuatan tapi cukup c00l dan low profile.Umpama padi yg seakin berisi semakin menunduk.Org yg dlm spesis ini mampu mengakui dan menghargai sesiapa pun,x kira mereka yg berada dlm kelompoknya atau x.

Kesetiaan
Cubalah utk setia mcm tajuk lagu krisdayanti kan…Tapi senang..nak buat(sesetengah orang)memang payah…Tapi ketahuilah kesetiaan sangat tinggi harganya.Orang yg setia selalunya boleh dipercayai,menepati janji,punya komitmen yg sangat kuat,rela berkorban dan x akan mengkhianati apa yg diamanahkan kepadanya
.

Berfikiran positif
Mereka yg tergolong dlm kumpulan ini selalunya berusaha melihat segala hal dari kaca mata positif,bahkan juga dlm situasi paling buruk.Kalau seseorang itu sangat jahat dan buruk sekalipun,si positive thinker ini teteap akan mencari sisi positif orang jahat itu.Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan org laindan lebih suka bercakap mengenai harapan,masa depan daripada asyik mengeluh dan merungut
.

Bertanggungjawab
Org yg bertanggubgjawab akan melaksanakan tugas yg diamanahkan dgn bersungguh-sungguh.malah x tkt mengakui kesalahannya dan x sesekali menyalahkan org lain terhadap apa yg dialami
.

Percaya diri
Yakin diri!!kalau kamu ada sifat ini…maknanya kamu mudah menerima segala kelebihan dan kekurangan diri.Kamu juga akan lebih mudah menyesuaikan diri dgn apa punsituasi.


Berjiwa besar
Mcm mana nak knl org yg berjiwa besar??senang je..cuba tengok kalau seseorang itu dgn mudah memaafkan kesalahn orang lain.Walau sebesar mana pun kesalahan org yg pernah dilakukan org itu terhadapnya,tapi dia x akan membenci dan memusuhi.Malah,saat memghadapi masa sukar,dia x akan sesekali membiarkan dirinya terus hanyut dibawa kesedihan dan kekecewaan.

Easy going
Org yg easy going menganggap hidup ini mudah.Masalah kecil.xde hal..tolak je ketepi.Masalah besar pun aka diusahakan biar menjadi kecil.Mereka juga,x suka mengungkit masa lalu dan langsung x risau ttg masa dpn.Apa nak jadi pu jadilah..xde hal..kan bagus mcm tu..xdelah stres kan??be nice and cheerful ok…

Keceriaan
X semua org yg dikurniakanair muka yg ceria.ada tu nampak muka garang semacam tapi disebaliknyamempunyai hati yg baik dan boleh harap.So don’t judge the book it’s coverlah!Maksudnya..keceriaan tu x harus selalu diukur menerusi eksperisi wajah dan tubuh tapi HATI.mereka yg ceria itu orangnya mampu menikmati hidup ini dgn gembira secara total.kamu juga harus begitu,punya potensi utk menghiburkan dan mendorong semangar org lain.Kalau kamu ceria,orang sekeliling kamu begitu juga.

Empati
Lastly,sikap empati.Org yg berempati bukan saja pendengar yg baik tapi juga mampu menempatkan diri pada posisi org lain.Ketika terjadi konflik,dia selalu mencari jln keluar terbaik bagi kedua-dua belah pihak,x suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri.Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.
Be loveable ok!!









6P istimewa sahabat lelaki

Pemaaf
Sekiranya kamu menyinggung perasaanya ataupun melakukan sesuatu yg buat dia marah dia tetap mudah utk memaafkan kamu.Berbeza gan sahabat perempuan yg agak sedikit emosi dan kalau merajuk mesti berhari-hari.

Penyayang
Sahabat lelaki deikurniakan sifat yg sngat penyayang.Bila kamu ada masalah biar bagaimana susah dan sibuk sekalipun dia pasti akan mengutamakan kamu kerana bagi lelaki sahabat lebih penting dari segala-galanya.

Pendengar yg baik
Apabila kamu berkongsi masalah,sahabat lelaki adalah seorang pendengar yg baik berbanding dan sahabat permpuan.selain memberikan perhatian sepenuhnya dan cerita-cerita kamu lelaki juga tidak akan menyampuk atau memberikan sebarang komen sebelum kamu menghabiskan cerita kamu
.

Pelawak
Sebagai sahabat kamu bertuah kerana dia akan sentiasa menceriakan hidup kamu dn lawak jenakanya.Dia tidak kisah sekalipun terpaksa menjadi pelawak tidak bergaji demi melihat sahabatnya tertawa.

Penyimpan rahsia
Jgn bimbang utk berkongsi rahsia dgnnya kerana sahabat llki sememangnya seorang penyimpan rahsia yg baik
.

Pemurah
Dia sering membayar makanan dan minuman setiap kali kamu betdua keluar makan bersama.Lelakikan ego jadi malulah kalau biarkan kamu yg membayar
.

Untungnya punya sahabat lelaki……

ni lah my sweet geng...

ni lah my sweet geng...

Aku ngan membe2 hangOut kat mAlLacCa maLl...

Aku ngan membe2 hangOut kat mAlLacCa maLl...

ini lah kolej aku....

ini lah kolej aku....

kekalkan persahabatan ini...

kekalkan persahabatan ini...